Rabu, 12 Maret 2014

Browse » home» » » Tawaran antarabangsa

Tawaran antarabangsa

Pelakon jelita tanah air Nur Fathia Abdul Latif, 25, dan Miera Leyana Kasmi, 20, berjaya mencuri tumpuan tetamu yang hadir pada acara karpet merah dan pembukaan Forum Filem Antarabangsa Tashkent Golden Guepard kali ketiga yang berlangsung di Tashkent, Uzbekistan, malam kelmarin.

Malah ramai tetamu yang hadir menyang-kakan mereka adalah artis dari delegasi negara Timur Tengah.

Paling menarik, pengarah filem Russia, Said Muxtozor menawarkan Miera Leyana berlakon dalam filem berjudul Jealous di mana pelakon itu akan membawakan watak gadis bisu.

Miera ketika ditemui berkata, dia tidak menjangka akan mendapat perhatian pengarah filem antarabangsa terbabit.

MIERA (kiri) bersama Fathia ketika di Uzbekistan.

FATHIA (tengah) dan Miera (dua dari kiri) pada acara karpet merah.

“Saya juga tak sangka kerana dia menawarkan watak utama. Saya difahamkan Said antara produser dan pengarah terkenal di Russia dan sudah menerbitkan lebih 20 filem,” katanya kepada RAP.


Sementara itu, Fathia pula ditawarkan muncul dalam klip video penya-nyi terkenal Uzbekistan, Atarbek Dotsent Maxashev yang bakal menjalani penggambaran di Malaysia tidak lama lagi.

“Perkara ini masih dalam perbincangan walaupun pada dasarnya saya sudah bersetuju. Andai kata kedua-dua pihak bersetuju, ini bakal menjadi pengalaman pertama saya bekerja dengan artis antarabangsa,” ujar Fathia.

Acara itu berlangsung selama lima hari bermula kelmarin yang dihadiri ramai penggiat seni termasuk dari India, Russia, Brazil, Iran, Perancis, Republik Czech, Jepun, Jerman dan Sepanyol.

Ia mempertandingkan kategori filem animasi, filem pendek dan filem cereka manakala majlis penutup acara itu akan berlangsung Khamis ini.

Antara artis popular Uzbekistan yang hadir pada acara pembukaan itu ialah Shaxzoda Muhamedouq, Saliyeva Sevara, Nargiza Salmonova, Jamilia dan pelakon lelaki terkenal Ulugbek.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar